My Blog List

Wednesday 16 November 2011

Bersyukur Dengan Apa Yang Kau Miliki

Kadang-kadang aku sering merungut kenapa tak dapat itu tak dapat ini..kenapa orang memliki itu dan ini...Itulah manusia. Sering tamak pabila mendapat sesuatu. Dah dapat, nak lagi...aku tak tunjuk pada sesapa..tp kadang-kadang sikap itu menyinggah masuk ke dalam diri ini...Ya Allah..moga aku menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur...Kalau nak dikira, tak terkira betapa banyaknya nikmat yang aku kecapi....Janganlah Kau biarkan aku kufur dengan nikmatMu Ya Allah...

Aku amat bertuah memiliki apa yang aku ada sekarang...nasihat untuk diri ini ; jangan risau dengan apa yang tak kau miliki, Hargailah apa yang ada di sekeliling...

Sunday 23 October 2011

Allah Itu Terlalu Dekat Dengan Kita

Baru-baru ni tengok ustazah pilihan kat astro oasis. Episod diorang pergi perkampungan orang asli. Menarik...setiap penduduk orang ade cerita masing-masing. Dengan masalah anak lah, masalah rumah tangga lah...macam-macam. Itulah namanya kehidupan..Setiap orang ujiannya tak sama. Besyukurlah kerana Allah masih bagi ujian kat kita. Itu tandanya Allah masih mengingati dan mengambil perhatian terhadap hambanya...

Tabik springla kat Ustazah Firus dengan pendekatan dakwah yang tersendiri..Seorang ustazah tersingkir..lumrah pertandingan, pasti ada yang kalah...ada satu kata-kata semangat yang Mudirah bisikkan kepada ustazah tu yang sangat menyentuh hatiku sehingga bercucuran air mata dibuatnya

Ayatnya lebih kurang 'Allah bagi kita gagal sebab Dia nak hambanya tahu dan sedar yang Allah itu terlalu dekaaat dengan kita'

Kegagalan tak bermakna kita kalah..Ia adalah percubaan untuk sebuah kejayaan. Ya Allah, tindakan aku yang dulu berhari-hari menangis akibat kecewa dengan takdir sangat aku kesali...sesungguhnya Allah sayangkan aku..cuma aku yang tak perasan. Sesungguhnya Allah itu terlalu dekat dengan aku..lagi dekat dari urat leherku..tapi aku sering terlupa..Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku perlu yakin dengan seyakin yakinnya bahawa Allah tidak pernah menzalimi dan mengecewakan hamba-hambaNya...

Tuesday 18 October 2011

Bahagia Itu Dari Hati Yang Tenang

Alangkah bahagianya bila hati tenang... Kebahagiaan tidak diukur dengan banyaknya harta, mewahnya kereta, tingginya pangkat dan darjat.

Hati yang tenang datangnya dari hati yang selalu mengingati Allah pada setiap langkah dan hela nafasnya....Melihat alam sambil membaca mesej-Nya..

Adakah aku menjadi insan bertuah yang memiliki ketenangan hati??

Tepuk dada, tanyaku pada diri sendiri...Aku perlu berusaha dan terus mencari ketenangan itu..

Suatu pengisian yang amat bermakna di  Genta-rasa.com, Ustaz Pahrol Mohd Juio. Tulisannya amat dekat di hati...Tak miss air mata kalau membaca nukilannya..Pendekatan yang berlainan, membawa pembaca melihat alam dengan seribu makna. Mengajar pembaca mengenal fitrah manusia..Mendorong pembaca melalui kehidupan dengan penuh iltizam dan semangat. Keindahan tulisan dan katanya tak terungkap. ..Subhanallah...anugerah Allah kepada ummatnya..

Monday 17 October 2011

~ Soal Asyraf ~



Rupenye ada rancangan khas ustaz Asyraf Imam Muda kat Astro Oasis. Nampak menarik. Pendekatan dakwah untuk remaja...tajuk malam ni pasal "Teknologi Sebagai Medium Dakwah."


Dakwah : Mengajak manusia agar kembali kepada ajaran Allah dan Rasul, mendorong ke arah nilai-nilai murni dan membawa manusia kepada fitrah sebenar.

Baru tahu, rupanya Facebook dibangunkan oleh seorang Yahudi. Timbul pulak persoalan, boleh ke kite guna? Takut-takut ade saham menyumbang kepada Yahudi.

Ustaz Hisham Tuan Padang menjawab, harus menggunakannya. Islam tak pernah menyekat ummatnya menggunakan teknologi yang dibina oleh orang bukan Islam. Bahkan, rancangan ni sendiri, teknologinya dicipta oleh orang bukan Islam. Malah, kapal terbang yang duk angkut orang pergi haji pun orang bukan Islam yang buat. So, tak de masalah la.

Solusi yang terbaik, gunakan teknologi yang ada untuk benda yang bermanfaat. Jangan biarkan teknologi mengawal kehidupan kita. Biarkan kita mengawalnya.

Bismillah...

Hari ni buat julung kalinya aku mula menulis. Sebelum ini teringinla juga nak menulis blog, tapi tak tahu nak tulis apa. Nak buat diari suruh orang baca, macam tak best je...lastly aku ambil keputusan.

Nak update anything yang aku dapat tiap hari. Kalau tak tiap hari, at least seminggu sekali. 
Tujuannya, nak isi masa lapang lepas waktu bekerja. Tak dela asyik tido awal and tengok TV aje.

Harap coretan yang tak seberapa ni sedikit sebanyak memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Aku suka benda yang ringkas dan berfaedah. so, apa yang nak dipaparkan kat sini, mestilah pendek, padat dan bermanfaat..Insya-Allah..(^_^)

"Sampaikanlah sesuatu yang bermanfaat. Mudah-mudahan menjadi bekalan di akhirat kelak.." Amin...